Wednesday, September 22, 2010

Tugasan ulasan filem


Tajuk Filem : Terminator 3 : Rise of the machine (T3)

Arahan : Jonathan Mostow

Pelakon utama : Arnold Scwarzenegger, Kristanna Loken, Nick Stahl dan Claire Danes

Tahun diterbit : 2003


Filem bersiri Terminator adalah sebuah filem yang bergenre aksi yang sangat hebat sehinggakan ia pernah meraih Anugerah di Festival filem terkemuka dunia seperti Anugerah Filem Oscar tahn 1985. Penonton yang membesar bersama Filem sekuel Terminator 2 : The Judgement Day pasti tidak melupakan watak robot T-1 lakunan mantap Arnold Scwarzenegger yang diutuskan ke bumi untuk mempertahankan Sarah dan anak tunggalnya, John Connor dari buruan robot pemusnah. Sekuel filem Terminator 3 yang ditayangkan ini pasti mendebarkan penonton setia yang mengikuti sekuel filem Terminator.

Seperti judulnya, robot yang digambarkan didalam filem sekuel ini berkali-kali ganda lebih maju daripada teknologo manusia pada masa kini. Malah, jika dalam filem terdahulu robot T-1 bersaing dengan mesin yang sama tahap kekuatan denganya, kali ini robot itu berhadapan seteru yang jauh lebih dominan dan berlawanan jenis yang berimejkan wanita. Terminator 3 mengisahkan John Connor lakonan Nick Stahl yang hidup dalam pelarian sejak zaman remaja hingga kini berusia awal 20-an kerana takut berdepan semula dengan pengalaman lalu. Ketika zaman kecilnya, dia telah dihantui pelbagai perkara mustahil seperti diburu robot pemusnah dan pada masa yang sama dilindungi satu lagi mesin berimejkan manusia. Hidup John kini bagaikan nomad tanpa segala-galanya : pekerjaan, rakan mahupun keluarganya.


Bayangkan pengalaman mati diburu robot kembali menjelma dan seperti dimimpikan, dia terpaksa melarikan diri semula dari bakal pembunuhnya. Kali ini robot berimejkan wanita, T-X lakonan mantap Kristanna Loken, pula meneruskan misi yang gagal disempurnakan oleh mesin yang terdahulu. Robot itu lebih maju malah dilengkapi dengan senjata moden hingga menyukarkan pelindungnya, T-101 untuk menyelamatkan nyawa John. Kemunculan T-101 (Arnold Scwarzenegger) tepat pada masanya, ketika robot T-X membunuh mangsa lain, robot pelindung ini menyelamatkan John Connor serta seorang lagi sasaran, Kate Brewster (lakonan Claire Danes). Secara kebetulan, John dan Kate pernah belajar bersama di zaman kecil mereka. Robot T-101 cuba melarikan mereka jauh daripada bandar yang didiami oleh mereka berdua akan teteapi kembali semula untuk menyelamatkan bapa Kate yang merupakan seorang ketua di sebuah jabatan pertahanan ketenteraan.

Seperti yang ditonjolkan, kemampuan robot T-X bukan sekadar gagah dan dilengkapi senjata yang amat canggih, malahan mesin itu boleh mengubahimejnya dari wanita kepada lelaki. nyata pakar kesan khas yang menjalankan produksi filem ini mampu menonjolkan perbezaan antara penghasilanya dalam sekuel filem Terminator yang terdahulu. Semua keunikan yang dipaparkan didalam filem ini dijanakan dengan penggunaan teknologi komputer grafik serta animatronik untuk menghidupkan karektor robot serta adengan-adengan aksi yang tertentu. Bagi penggemar filen sains fiksyen, Terminator 3 mungkin adalah salah satu filem yang mesti ditonton oleh peminat setia kerana paparan dalam filem ini dilakukan secara terperinci. Biarpun sebelum ini sekuel Terminator mendapat sentuhan pengarah James Cameron akan tetapi pujian juga haruslah diberikan kepada Jonathan Mostow yang telah memberikan hasil kerja yang tidak mengecewakan. Malah penggunaan teknologi moden termasuk mainan komputer grafik dilakukan seimbang hingga membuatkan keseluruhan filem ini nampak lebih "hidup"!.

Pada masa yang sama juga, unsur humor masih lagi diselitkan didalam filem ini dan disampaikan secara bersahaja menerusi dialog terutama bagi Arnold. seakan menjadi trademark, kali ini robot T-101 masih mengenakan kostum bergaya dengan mengenakan kaca mata hitam serta berjaket kulit seperti yang telah ditonjolkan didalam sekuel filem Terminator 2 sebelum ini. Dialog " i'll be back" yang diluahkan oleh Arnold mengikut slanga tersendiri juga cukup sinonim denganya. Bagi peminat sekuel filem Terminator, filem terminator 3 ini adalah sebuah filem yang dinanti-nantikan oleh peminat setia sekuel filem sains fiksyen yang telah ditayangkan sejak tahun 1985 lagi. Sudah pasti filem ini mampu menyebabkan jantung para penonton berdegup dengan kencang ditambahkan lagi dengan kesan bunyi yang di luar dugaan penonton.

Sebagai penutup, filem ini adalh berbaloi untuk ditonton oleh orang ramai dan sekiranya dinilai dengan skala 5 bintang, saya akan membuat penilaian dengan memberikan skala 4 bintang setengah!!!

Dihasilkan oleh : Amer Fawwaz bin Mohamad Yasid
(209036) Kumpulan B
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam (Kepujian)

1 comment:

  1. filem yang saya minat juga..

    filem yang penuh dengan adegan2 ganas tetapi menarik..

    ReplyDelete