Wednesday, October 13, 2010

SBLM 1023 PENGANTAR PENULISAN

Ulasan artikel yang bertajuk “Mencari dinamik politik kampus”

Disediakan oleh : AMER FAWWAZ BIN MOHAMAD YASID (209036) BPM (Hons).

(A) Ayat tesis

Fenomena “the angry young man” atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku dalam mana-mana negara di dunia. Fenomena ini menyaksikan bagaiman golongan muda yang vokal dan lantang dalam menyatakan pendirian mereka.Tindakan secara agresif dalam menyuarakan pandangan ini juga memperlihatkan sifat mereka yang idealis. Hal ini juga dibantu dengan tahap pendidikan dan akses maklumat yang mereka peroleh.

(B) Ayat topik.

Sudut Pidato yang kini dibenarkan semula perlaksanaanya di semua kampus adalah gelanggang perdana kepada pelajar untuk menyatakan pandangan terhadap sesuatu isu.

(C) (1) Perenggan deduktif

Kewujudan pelajar yang lantang bersuara sememangnya tidak dapat dinafikan. Sebagai entity yang bebas dan tidak terikat dengan mana-mana pihak, pernyataan suara dan pandangan mereka sentiasa kedengaran melewati pelbagai isu sehingga menyentuh soal kepimpinan negara.

(C)(2) Perenggan induktif

Dalam hal ini, sukar untuk kita membayangkan pemilihan MPP tanpa suara lantang daripada pelajar. Bagaimanapun, kelantangan itu tidaklah sampai ke tahap pertembungan yang boleh mengancam keselamatan awam apatah lagi negara. Yang ada hanyalah pertembungan idea dan pemikiran.


(C)(3) Perenggan deduktif kompleks

Bagaimanapun, saya percaya perlaksanaan pemilihan MPP boleh doperkemaskan dar semasa ke semasa supaya ia mencapai kualiti yang tidak boleh diragui. Pihak universiti wajar mengambil iktibar dan mengambil jalan untuk memperbaiki kelemahan jika ada. Seperti pandangan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah bahawa proses demokrasi di kampus, misalnya wajar menjadi contoh kepada pilihan raya umum kerana ia berlangsung dalam “gedung ilmu”. Kualiti pemilihan MPP jelasnya mesti tidak boleh rendah daripada pilihan raya umum.


(D) Perenggan Pengenalan – (teknik yang digunakan)

(Menggunakan Analogi)

Fenomena “the angry young man” atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku dalam mana-mana negara di dunia. Fenomena ini menyaksikan bagaiman golongan muda yang vokal dan lantang dalam menyatakan pendirian mereka.Tindakan secara agresif dalam menyuarakan pandangan ini juga memperlihatkan sifat mereka yang idealis. Hal ini juga dibantu dengan tahap pendidikan dan akses maklumat yang mereka peroleh.

(E) Perenggan penutup.

Perpecahan di kalangan pelajar sebelum, menjelang, dan pasca pemilihan MPP wajar diperbaiki, meskipun perbezaan pandangan itu lumrah dan perlu diraikan, pelajar harus tahu dimana mereka harus bersatu. Pertikaian yang berpanjangan tidak akan membawa mereka ke mana-mana. Kepada ahli MPP yang berjaya, dan diamanahkan,penuhilah kepercayaan itu sebagai satu taklif iaitu tanggunjawab yang perlu ditunaikan dan bukanya tasrif atau glamor yang gemerlapan. Jawatan bukanya alasan untuk bermegah-megah jauh sekali menggunakanya untuk kepentingan peribadi.

(F) Perenggan transisi

Tiada dalam catatan.

(G) Perenggan dialog

Seperti kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pelaksanaan e-undi sewajarnya tidak boleh dipertikaikan terutama dalam era ledakan maklumat dan penggunaan teknologi. Apa yang penting jelasnya, kepercayaan pelajar terhadap sistem yang dilaksanakan. Tegas beliau, apa jua sistem yang terbaik di dunia jika tidak didukung dengan keyakinan, ia pasti mengundang masalah.




(H) 3 ciri perenggan yang baik.

(H1) Kepautan.

Selain itu, Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang diadakan setiap tahun boleh menjadi contoh terbaik bagaiman pertembungan idea dan pemikiran wujud meskipun ia berlaku dalam keadaan yang terkawal. Perbezaan pandangan dan hujah dalam saingan untuk meraih sokongan misalnya adalah sebahasian daripada rutin menarik yang mewarnai pemilihan MPP saban tahun.

(H2) Kejelasan

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sendiri bersedia menerima apa jua pandangan bagi memantapkan pelaksanaan pemilihan MPP. Menteri juga sudah menyatakan kesediaanya untuk menerima mana-mana memorandum daripada pelajar asalkan ia dikemukakan dengan tertib dan aman.

(H3) Kesatuan

Kementerian memandang serius pelaksanaan pemilihan MPP kerana ia adalah satu proses demokrasi yang sewajarnya member pengalaman politik yang terbaik sebelum pelajar melangkah keluar. Disinilah mereka didedahkan dengan elemen penting dalam proses demokrasi seperti kebebasan bersuara dan kuasa untuk memilih pemimipin. Pendidikan demokrasi seperti ini harus ditanam dan dilestarikan supaya pelajar boleh menjadi warganegara yang baik, bertanggungjawab dan budiman. Lebih penting, mereka menghormati, mempercayai dan menghargai demokrasi itu sendiri.

( I ) Teknik menstruktur idea

(I 1) Teknik proses

Pemilihan MPP pada kali ini yang dilangsungkan di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) nampaknya sudah berakhir. Apa yang menarik, pemilihan pada kali ini disifatkan “panas” kerana isu pelaksanaan e-undi di Universiti Malaya (UM). E-undi sebelum ini sudah dilaksanakan di kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

(I 2) Teknik sebab dan akibat

Mungkin sediki mengecewakan ialah pemilihan MPP kali ini masih menyaksikan label diberikan kepada calon yang bertanding. Label seperti proaspirasi dan promahasiswa sebenarnya tidak banyak membantu kepada perkembangan pendidikan politik kepada pelajar. Sebaliknya, ia hanya menambahkan lagi tahap polarisasi di kalangan pelajar di kampus. Jika sebelum ini pelajar dikatakan bersosial dalam lingkunagn rakan etnik yang sama sahaja, label seperti proaspirasi dan promahasiswa ini dikhuatiti menjarakkan lagi rantaian sosial antara mereka.

(I 3) Teknik perbandingan.

Kepada ahli MPP yang berjaya, dan diamanahkan,penuhilah kepercayaan itu sebagai satu taklif iaitu tanggunjawab yang perlu ditunaikan dan bukanya tasrif atau glamor yang gemerlapan. Jawatan bukanya alasan untuk bermegah-megah jauh sekali menggunakanya untuk kepentingan peribadi. Pada mereka yang kurang bernasib baik, kegagalan bukanlah penutup kepada perjuangan untuk membela kebajikan pelajar atau apa juga yang terkandung dalam manifesto. Tanpa jawatan, mereka juga boleh menyumbang.

No comments:

Post a Comment