Tuesday, August 17, 2010

DUIT. $$$$$$$$$$$

Dengarlah sebuah sajak bertajuk Duit $$


Duit,
Engkaulah dambaan setiap insan di dunia ini,
Tanpamu, hidupku kelabu,
setiap saat mengenangkan akan dikau,
dimana boleh ku cari duit?

Duit,
bermacam nama panggilan telah ku dengar,
ada yang memanggil engkau Ringgit,
tidak kurang juga Dolar, tetapi Rupiah juga selalu disebut.
Walau engkau banyak nama, tetapi fungsimu hanya satu.

Duit,
Ramai orang yang suka duit,
tiada yang ku kenali tidak menyukaimu.
mengapakah engkau disukai ramai?
ada yang sanggup menggadai maruah,
hanya kerana mahu mengejarmu,
ada yang sanggup bermatian,
hanya kerana ingin mendapatkanmu.
Tidak kira usia, muda ataupun tua,
alim ataupun tidak,

sejarah mengajar kita, jangan melupakan ajaran agama,
masih lagi ramai yang alpa mengejarmu.
kerana sesungguhnya, duit bukanlah segalanya
adakah boleh untuk kita ditanam dengan duit, sekiranya kita bertemu menghadap Ilahi?
Renungkanlah,renungkanlah, renungkanlah !


Hasil nukilan :
Amer Fawwaz Mohamad Yasid
209036
BPM (Julai 2010)

2 comments:

  1. salam..
    duit di mana kau duit..
    duit.. duit ..

    kita hidup kerna duit... atau duit dapat memberi kehidupan kepada kita..

    jangan cepat perabiskan duit PTPTN

    ReplyDelete
  2. salam encik nasrol.. saya x dapat PTPTN. tu yang buat sajak ni :( waaaa!!

    ReplyDelete