Wednesday, August 11, 2010

Puasa oh Puasa.. Ada juga yang tidak berpuasa???

Ramadhan datang lagi. Ketibaan Ramadhan sememangya amat dinanti-nantikan oleh semua orang. Al Maklumlah, pada bulan ini kita dapat melakukan banyak amalan-amalan sunat dengan diberi pahala yang berganda. Kedatangan bulan Ramadhan juga turut dinantikan oleh para peniaga yang ingin mengambil peluang bagi menambah pendapatan. Kata orang, jikalau kebiasaanya pada bulan-bulan biasa, pendapatan mereka hanya sekadar cukup makan, akan tetapi apabila bulan puasa, pendapatan peniaga boleh mencecah sehingga 3 kali ganda. Tidak terkecuali di Bukit Kachi. semalam aku berkunjung ke Bazar Ramadhan Bukit Kachi, pelbagai ragam yang dapat ku lihat walaupun berada di sana kira-kira 10 minit sahaja. Ada pengunjung yang ku lihat sehingga tidak cukup tangan untuk membawa juadah berbuka puasa pulang ke bilik masing-masing, tidak kira lelaki mahupun perempuan. Biasalah, hari pertama berpuasa. Tengok sahaja makanan yang bermacam-macam jenis serta pelbagai manisan dan pencuci mulut setelah 10 jam berpuasa, mahu tidak terliur rasanya.. Akan tetapi, di zaman yang serba millenium ini, masih terdapat segelintir golongan yang masih lagi tidak menitik berat soal hukum hakam di dalam melaksanakan perintah Tuhan. Kenapa saya menyentuh isu ini? kerana ada lagi orang yang tak berpuasa!!!! sekadar berkongsi pengalaman lalu ketika aku sedang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma di sebuah IPTA yang terletak di Kepulauan Borneo, ketika Ramadhan menjelma sahaja, pelbagai ragam dapat ku lihat. Pernah satu hari aku dalam perjalanan pulang dari kuliah pada waktu tengahari di bulan Ramadhan, setibanya aku ke aras bilik penginapan, maka, terbaulah semerbak haruman yang menggoda iman. Bau apakah itu? yang pasti ia bukanlah haruman wangian Estee Lauder mahupun Calvin Klein. Haruman itu adalah haruman berjenama Maggi, Mi Sedap, dan seangkatan dengannya. Aku cuba mencari dimana lokasi punca bau mi segera tersebut. Bau mi segera tersebut datangnya dari bilik yang bersebelahan dengan bilik penginapanku. Apa yang aku pasti, bilik itu di diami oleh pelajar yang beragam Islam. aku cuba mengintai apakah yang sedang berlaku didalam bilik tersebut. Alangkah terkejutnya aku melihat ada dua orang rakan sekuliahku yang sedang "buat projek baik punya!". pada malamnya setelah berbuka, aku cuba mendapatkan kepastian dengan bertanyakan kepada Awang Lebat (bukan nama sebenar) penghuni bilik bersebelahan dengan bilik penginapanku. Awang Lebat mengaku bahawa dia dan rakan sebiliknya tidak berpuasa pada tengahari tadi kerana mereka malas untuk berpuasa. Jadi, adakah relevan alasan mereka berdua??? Janganlah kita sebagai umat Islam memandang ringan tentang soal hukum hakam agama ini kerana setiap perintah yang wajib perlulah dituruti. Jangan sampai kita diturunkan bencana oleh-NYA, barulah kita mahu insaf. Renung-renungkanlah.

4 comments:

  1. salam..
    saya setuju..ada sahaja yang tak berpuasa dengan sengaja.
    contohnya pada pagi tadi,
    saya baru sampai dari SP dan melalui jalan ke kachi.
    alangkah terkejutnya saya apabila mendapati dua jejaka melayu membeli makanan di restoran nasi kandar salleh..
    apalah nak jadi?

    ReplyDelete
  2. nak buat macam mana. dunia dah akhir zaman ;)

    ReplyDelete
  3. salam ramadan

    ada yang tidak berpuasa memberi pelbagai alasan untuk tidak berpuasa..
    ada yang berpuasa sibuk memikirkan tentang orang yang tidak berpuasa..
    apa yang penting kita nilai sendiri puasa kita? adakah cukup dengan berlapar dan dahaga?

    ok.. salam puasa ..

    ReplyDelete
  4. salam encik nasrol. memang benar apa yang diperkatakan oleh encik nasrol. masih lagi ramai orang yang memandang remeh terhadap Rukun Islam yang dilaksanakan setahun sekali. semoga mereka diberikan Hidayah oleh Allah S.W.T agar diberi petunjuk untuk kembali ke pangkal jalan. :)

    ReplyDelete