Wednesday, August 11, 2010

SBLM 1023 PENGANTAR PENULISAN

SELAMAT DATANG RAMADHAN, SELAMAT HARI JADI MALAYSIA !!!

Syukur Alhamdulillah aku telah berjaya menyambung pengajian ku di UUM. Pengalaman aku berada di Sarawak selama 3 tahun sebelum ini telah banyak mengajarku tentang erti kehidupan di kampus menara gading.

Bulan Ramadhan tiba lagi. Tidak terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua umat Islam terutamanya pembaca-pembaca blog ciptaanku yang tidak seberapa ini. Secara kebetulan, kedatangan Ramadhan pada kali ini jatuh pada bulan Ogos. Secara automatik kita semua sudah mengetahui bahawa Negara kita akan menyambut ulang tahun Hari Kemerdekaan yang ke -53. oleh itu janganlah kita sebagai seorang rakyat Malaysia tidak menghargai nilai kemerdekaan yang dikecapi pada hari. Tanpa pengorbanan dan perjuangan pahlawan-pahlawan negara seperti Allahyarham Leftenan Adnan Saidi, Rentap, Tok Janggut, Mat Kilau dan seangkatan denganya, kemungkinan besar pada hari ini kita mungkin tidak menyanyikan lagu "NEGARAKU" sebaliknya,kita mungkin menyanyikan lagu " GOD SAVE THE QUEEN". Bendera Jalur Gemilang tidak berkibaran di angkasa, akan tetapi bendera Union Jack yang bergemerlapan di ufuk langit. Besarnya pengorbanan mereka terhadap kedaulatan negara kita. Mereka berjuang bukanlah semata-mata kerana inginkan nama mahupun pangkat. Akan tetapi mereka lebih rela untuk mati dibunuh daripada melihat bangsanya dibunuh.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengambil kesempatan di bulan Ramadhan yang jatuh pada bulan Ogos tahun ini untuk bermuhasabah diri serta menyemaikan sifat cinta akan kemerdekaan yang telah kita kecapi pada hari ini. Jadikanlah Ramadhan ini lebih baik daripada Ramadhan yang lalu.

SALAM RAMADHAN, SALAM KEMERDEKAAN, SALAM 1 MALAYSIA

2 comments:

  1. bersyukurlah dengan apa yang kita kecapi hari ini. salam Ramadhan. :)

    ReplyDelete
  2. salam..
    Seringkali kita alpa dalam menghayati keberkatan ramadhan apatah lagi dengan pengisiannya. Jarang kita mengambil keberkatan ramdhan ini untuk menggandakan amalan sebaliknya hanya memfokuskan dengan amalan lazim sahaja. Bila bercakap menegenai hari kemerdekaan Malaysia yang kebetulan jatuh dalam bulan mulia ini, berapa ramai anak mudakah yang melangkah ke masjid untuk mengadakan tahlil dan bacaan yasin bagi patriot negara yang telah terkorban berbanding mereka yang berfoya-foya sehingga tergadai dara yang kononnya menyambut dan mengenang hari kemerdekaan ini? mengapa tidak digunakan kesempatan kemuliaan ramadhan ini untuk sama-sama bermuhasabah diri sekaligus mengadakan program kemerdekaan melalui penghayatan agama masing-masing agar anak-anak muda kembali ke pangkal jalan? ayuh anak bangsa, mari kita teruskan perjuangan yang belum selesai. Salam ramadhan al mubarak dan selamat menyambut hari kemerdekaan. (^_^)

    ReplyDelete